Jelajah Galaksi

Renungkan…

Bumi yang didiami oleh pelbagai jenis makhluk diciptakan Allah dengan keadaan yang begitu sistematik. (Allah pentadbir alam).

Setiap hari objek terbentuk dari molekul…
Molekul terbentuk dari atom..
Atom terbentuk dari nuklei dan elektron…
Nuklei terbentuk dari proton dan neutron…
Proton dan neutron terbentuk dari Quark…
Quark dan elektron adalah partikel paling asas setakat ini.

Adakah anda tahu ?

saiz atom adalah (10^-10 meter)
saiz nuklues adalah (10^-14 meter)
saiz proton adalah (10^-15 meter)
saiz Quark dan elektron adalah (10^-18 meter)

Fikirkan…

saiz jarak terluar atom (iaitu elekron) dengan nukleus adalah 10,000 kali saiz nukleus.
Ini bermakna, sekiranya nukleus diandaikan sebagai meja bulat berdiameter 1 meter, kita akan temui elektron (yang mengelilingi nuklues itu) pada jarak 10 kilometer darinya.
Jadi, terlalu banyak ruang kosong didalam satu atom.

Setiap benda terbentuk dari atom yang mana atom tersebut terlalu banyak ruang kosong.
Jadi…apa yang kita lihat selama ini adalah ruang kosong yang membentuk objek.
rumah…kereta…kekasih…dan macam-macam lagi…mereka itu hanya ruang kosong yang kita ingin miliki.
Adakah ruang kosong itu bermakna bagi anda?

Itulah dunia yang anda mahukan.

Kelihatan indah dipandangan mata, kelihatan penting pada sudut keperluan. Tetapi apabila disingkap kembali tentang apa itu dunia, ramai yang terjebak dan terpedaya. Begitu sempurna ciptaan Allah yang dapat kita lihat kini. Padahal hakikat sebenar hanya Allah sahajayang mengetahui segala isi semester ini.

Sedarlah, dunia ini bukan tempat yang kekal abadi. Tapi tempat persinggahan sebelum ke destinasi terakhir.
Dunia penuh tipuan, dugaan, dan khayalan sehingga membutakan mata hati kita untuk melihat jalan kebenaran. Mari tingkatkan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Semoga kita didalam keredhaan dan rahmat-Nya. InsyaAllah.

Sama-sama renungkan.

Wassalam.

Responses

  1. erm…bru tau blog shah…klu g tau awalkan senang…
    huhu suka baca tulisan shah…..tq coz berkongsi ilmu…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: