Posted by: shahino2000 | Disember 30, 2008

Kelebihan Hari Assyuuraa’ & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

* Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
* dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’;
* dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’;
* dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’;
* dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’;
* dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’
* dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’;
* dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’;
* dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’;
* dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: